SRIHJB : Penyampaian Sumbangan Kemanusiaan Kepada MyCare (Ikram Musleh)

Majlis penyampaian sumbangan kemanusiaan daripada warga Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru kepada pihak MyCare menerusi Unit Kokurikulum IKRAM MUSLEH telah diadakan pada Ahad 27 September 2020.

Majlis telah menyaksikan penyerahan replika cek daripada ketua pelajar kepada Kapten KRSM Rofazlin bin Jusoh yang turut disaksikan oleh guru besar SRIH, Ustazah Rohaida Ridzwan, barisan jawatankuasa pengurusan sekolah, barisan Saf Kepimpinan Muda serta beberapa orang murid.

Jumlah sumbangan yang dikumpulkan dari warga SRIHJB ialah RM10,000 dimana RM 3,000 akan disalurkan ke tabung bantuan kemanusiaan Lubnan dan RM 7,000 disalurkan ke tabung kemanusiaan MyCare.
Semoga usaha ini dapat membantu umat Islam dari negara lain yang memerlukan dan menjadi jariah buat semua yang menyumbang. Insya Allah.

Unit Ko-kurikulum SRIHJB

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda