SRIHJB: Laporan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Sek Ren Islam Hidayah Berhad

0
207

Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Sekolah Rendah Islam Hidayah telah berlangsung dengan lancar pada 7 September 2020. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ustaz Muhamad Razif bin Ramli bermula pada jam 2.30 sehingga jam 4.15 petang.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Eksekutif Pusat Pendidikan Hidayah Ustaz Mohd Jelani bin Ramly dan Wakil Suruhanjaya Koperasi Wilayah Johor Bahru Puan Yuslina binti Yusof

Mesyuarat hanya boleh dijalankan jika kehadiran ahli seramai 50 orang, namun seramai 82 ahli koperasi telah memberi komitmen untuk hadir pada mesyuarat agung permulaan ini menunjukkan satu permulaan yang baik untuk perjalanan koperasi pada masa depan.

Seramai 12 orang ahli lembaga koperasi telah dilantik untuk menerajui Koperasi Sekolah Rendah Islam Hidayah Berhad kali ini. Berikut adalah senarai nama mereka yang terpilih sebagai ahli lembaga koperasi

  1. Ustazah Rohaida binti Ridzwan
  2. Ustazah Zunaidah binti Yacob
  3. Ustaz Muhamad Razif bin Ramli
  4. Ustaz Mohd Nor bin Omar
  5. Ustazah Siti Salwa binti Abd Samad
  6. Ustazah Zaleha binti Daud
  7. Ustazah Wan Rudzina binti Wan Mansor
  8. Ustaz Halimi bin Ali Yahad
  9. Ustaz Ikrimah binti Haris
  10. Ustaz Mohd Saleh bin Mohamed
  11. Ustazah Nur Aisyah binti Ginen
  12. Ustazah Zaidahtul Nazira bt Mohamad Ali

Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Sekolah Rendah Islam Hidayah telah ditangguhkan pada jam 4.15 petang dengan bacaan tasbih kafarah dan surah Al Asr.

Disediakan oleh, 8 SEPT 2020
Mohd Nor bin Omar,
Setiausaha,
Koperasi Sekolah Rendah Islam
Hidayah Berhad.