SMIHJB: Motivasi Keluarga Penyayang Tingkatan 1

0
116

SMIHJB| Pada tanggal 27hb Ogos 2020 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan satu program iaitu “Motivasi Keluarga Penyayang Tingkatan 1” melalui secara maya (Google Meet/Online@alar). Program ini adalah bertujuan bagi memastikan semangat pelajar untuk ke sekolah ditingkatkan.

Progam ini juga merupakan satu initiatif iaitu Program Keluarga penyayang yang diselitkan dengan slot motivasi dilakukan. Pada hari ini, program di jalankan dengan pelajar tingkatan 1. Terdapat 13 kumpulan dan setiap kumpulan ini mempunyai guru mentor masing masing.

Tajuk utama yang dibincangkan ialah “Matlamat Hidup”. Dalam slot motivasi yang berlangsung dalam tempoh satu jam ini, dua bentuk program dijalankan bersama pelajar. Pada 40 minit yang pertama, kaunselor bersama pelajar bersama – sama menyiapkan “hand-out” yang disediakan oleh kaunselor. Topik perbincangan merangkumi:-

1) matlamat hidup sebagai muslim,

2) Cita – cita/ kerjaya,

3) Matlamat Dalam Akademik dan

4) Muwasafat Tarbiah.

Manakala 20 minit selebihnya pelajar berbincang dengan mentor masing – masing secara terperinci mengenai topik ini supaya sentuhan antara guru mentor dan pelajar berlangsung.

Hasil daripada program ini, pelajar dapat diingatkan semula kepentingan matlamat dalam hidup. Ini kerana matlamat merupakan nadi utama yang mendorong pelajar untuk sentiasa bersemangat dan fokus dalam bergerak kerja.

Adam Luthfie Abdul Razak

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMIH