SMIHJB: Mabit Dan Daurah Tingkatan 2 Atas Talian

SMIHJB| Pada 27 Ogos 2020 (Khamis) yang lalu, Unit Tarbiah Murid Sekolah Menengah Islam Hidayah telah berjaya mengadakan Program Membina Iman dan Taqwa (MABIT) ‘online’ di rumah masing-masing. Seramai 79 murid lelaki dan 74 murid perempuan telah menghadirkan diri menyertai mabit ini.

Mabit ‘online’ bukan lagi asing dalam kalangan Tingkatan 2 bagi memastikan perlaksanaan tarbiah berjalan lancar malah murid-murid yang menyertainya berjaya menjayakan MABIT pada kali ini

Ibadah seperti menunaikan solat berjemaah, berpuasa sunat pada hari Khamis dan bangkit malam berqiamulail dapat dilakukan bersama-sama ibu bapa dan keluarga masing-masing.

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ‘sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji,” (Surah Al-Isra 17: 79)

Program ini diteruskan pula dengan DAURAH yang bertajuk “Kejatuhan Empayar Islam: Qadaya Ummah” selaras dengan objektif iaitu ingin menanam rasa mengambil berat terhadap umat Islam terutamanya dalam negara Malaysia. Selain itu, kita berharap DAURAH ini dapat memberikan kesedaran tentang peranan kita sebagai umat Islam dalam membantu orang lain. Perkara ini seiring dengan mengaitkan diri agar dapat meninggalkan nilai jahiliyah yang suka melakukan amalan sia-sia.

DAURAH yang berlangsung pada 28 Ogos 2020 (Jumaat) telah disertai oleh 75 orang pelajar lelaki dan 66 pelajar perempuan pada kali ini.  Program ini telah menjemput 3 orang alumni sekolah selaku penceramah jemputan iaitu Suhayb Sufian, Muadz Suhaimi dan Mujahid Hanapiah. Jasa kalian amat dihargai.

Semoga usaha dan komitmen semua pihak menjayakan MABIT dan DAURAH ini diberi ganjaran oleh Allah s.w.t.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: Penyelaras Tingkatan 2/2020

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda