SMIHJB: Mabit Dan Daurah Online Tingkatan 1

0
129

SMIHJB| Alhamdulillah, Unit Tarbiah Murid SMIH telah menganjurkan Program MABIT dan DAURAH tingkatan 1 pada hari khamis 17 September 2020 mulai pukul 7 malam hingga Jumaat 18 september 2020 11.30 pagi secara maya.

Program ini telah disertai oleh 100 orang murid Tingkatan 1, PK PSM, guru penyelaras batch dan para murabbi murid.

Program : MALAM BINA IMAN DAN TAQWA(MABIT) Tingkatan 1
Tarikh : Khamis 17 September 2020
Masa : 9.00 hingga 10.00 mlm
Platform: Google Meet

Program diisi dengan penyampaian tajuk “Taubat” disampaikan oleh Ustaz Muhammad Mudzakkir.

Program : Daurah Tingkatan 1
Tarikh : Jumaat 18 September 2020
Masa : 9.30 hingga 11.30pg
Platform: Google Meet

Tajuk: “Taaruf? Ikhtilat?”

Penyampai bg banin:
Saudara Abdullah Radhie bin Azmen

Penyampai bg banat:
Saudari Faten Nadhirah

Daurah diselitkan dengan sesi soal jawab, di akhiri dengan rumusan dan penutup program. Semoga Peserta beroleh ilmu yang bermanfaat dan dijelmakan dengan amal yang mantap InsyaAllah. Aameen.

Jazakumullah khairan kathira kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Mabit dan Daurah online terutama kepada Pengetua, Penolong Kanan, Pegawai Pembangunan Insan, Penyelaras Tingkatan 1, Murabbi Pelajar Tingkatan 1, Unit Pembangunan Sahsiah Murid, ibu bapa dan semua murid Tingkatan 1 yang dikasihi Allah. InsyaAllah

#BerilmuBeramalMemimpin
#JomKeSyurga