PPH: “Ooh, patutlah jadi macam ini..” 7 Habits of Highly Effective PPH Staff

Sabtu, 12 September 2020: Telah berlangsungnya program yang bertajuk ” 7 Habits of Highly Effective PPH Staf khusus buat para majikan dan ketua bagi unit masing-masing. Program berbentuk motivasi ini di sampaikan oleh Pegawai Latihan dan Pembangunan Masyarakat Pusat Pendidikan Hidayah; Dr  Adnan Omar di Dewan Hudaibiyah SRIH JB.

Program  ini dihadiri oleh Ketua Eksekutif; Ust Mohd Jelani Ramly dan juga Ketua Eksekutif Kewangan; Hj Mohd Hatta bin Hussin.

Program motivasi ini bertujuan bagi melahirkan para majikan dan ketua unit yang lebih efektif dan efisyen dan mengurus unit masing-masing dalam membentuk suasana kerja yang kondusif dan lebih bermakna.

Tiga buah buku telah dibedah bersama iaitu:-
1. The 7 Habits of Highly Effective People oleh Stephen Covey
2. 7 Formula Individu Cemerlang oleh Dr. Danial Zainal Abidin
3. Mukmin Profesional: 7 Langkah Memperkasa Diri oleh Ustaz Pahrol  Mohd Juoi

“Ohh, patutla jadi macam ni” antara respon yang diterima dari para peserta apabila menyedari akan tindakan yang dibuat selama ini kurang profesional hasil daripada program ini.

Teknik penyampaian yang bersahaja dari Dr Adnan ini mencetuskan suasana program yang sangat aktif dan menggalakkan respons dari para peserta.

Antara perkara penting dalam program ini adalah dengan meletakkan “The End in Mind” dalam mencapai Visi baharu 2020-2025 iaitu:

“Menjadi sebuah institusi pendidikan Islam yang rahmah dan berprestasi tinggi”

dan juga Misi iaitu:

“Menerajui sistem Pendidikan Islam yang syumul dan lestari kearah melahirkan insan Rabbani yang mampu memimpin dan membawa rahmah kepada masyarakat”

Moga program ini menghasilkan staf PPH yang lebih aktif dan memberikan anjakan paradigma dalam mencapai Visi Misi PPH.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda