Penyerahan Set Compound Kepada PLD Hidayah Islamic School

0
81

Nama Program: Penyerahan Peralatan Memanah

Tarikh: 13 Ogos 2020

Tempat: Pejabat Penolong Pegawai Daerah, Larkin

Baru-baru ini, Encik Mohd Fadzli bin Mohd Zaid, Penolong Pegawai Daerah merangkap Setiausaha Majlis Sukan Daerah Johor Bahru telah menyerahkan set peralatan memanah compound kepada PLD Hidayah Islamic School Johor yang diwakili Ustaz Ezaidin bin Norman selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Islam Hidayah merangkap Jurulatih Program Gold, Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ).

Penyerahan ini juga telah disaksikan oleh Cik Nurul Najiha binti Fadzil (SUKD/Penyelaras Sukan Majlis Sukan Daerah Johor Bahru) dan Encik Muhammad Akmal bin Md Nasir (Penyelaras Sukan Majlis Sukan Daerah Johor bahru).