SMIHJB: Ucapan Rasmi Pengetua Dengan Menggunakan GoogleMeet Serta Ujian Minda Sihat Kepada Murid-murid Tingkatan 4 Dan 5

SMIHJB| Bagi menyambut kedatangan pelajar yang sekian lama duduk di rumah, pihak sekolah telah membuat pertemuan bersama para pelajar secara talian menggunakan Google Meet. Pada awalnya, pengetua memberikan ucapan kemabali ke sekolah kepada para pelajar.

Program : Ucapan Rasmi Pengetua dan Ujian Minda Sihat
Tarikh : 24 Jun 2020 (TIngkatan 5) / 15 Julai 2020 (Tingkatan 4)
Masa : 3.00 pm – 4.00 pm
Platform: Googlemeet/ Online@alar

Seterusnya, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMIH telah melaksanakan Ujian Minda Sihat kepada pelajar TIngkatan 4 dan Tingkatan 5 Selaras dengan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ujian telah dijalankan menggunakan kertas soal selidik Despression Anxiety Stress Scale (DASS) dan keputusan dimaklumkan selepas menjawab soalan. Matlamat utama ujian minda sihat ini dijalankan utnuk memastikan pelajar sihat dari sudut mindanya serta memantau sekiranya terdapat pelajar yang terkesan dengan norma baru atau semasa bercuti di rumah menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hasil keputusan menunjukkan kebanyakan pelajar mempunyai tahap kecerdasan minda yang sihat. Bagi mereka yang mempunyai keputusan yang kurang memuaskan, kaunselor bertemu mereka untuk melakukan sesi kaunseling bagi mengambil tahu dengan lebih lanjut.

Adam Luthfie Abdul Razak
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMIH

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda