SMIHJB: “Nadwah Kepimpinan Pelajar” Online Batch Altair23

SMIHJB| “Nadwah Kepimpinan Pelajar” Online BATCH ALTAIR23

Alhamdulillah, Unit Tarbiah Murid SMIH telah menganjurkan Program Nadwah Kepimpinan Pelajar Tingkatan 4 pada hari Jumaat 14 Ogos mulai pukul 10.00pg hingga 11.00pg secara maya.

Program ini telah disertai oleh 90 orang murid Tingkatan 4 yng terdiri dripd kepimpinn pelajar PRS, Pengawas, KRS dan pelajar yang berpotensi menjadi kepimpinan Sekolah Menengah Islam Hidayah serta 4 guru penyelaras, beberapa murabbi pelajar , Pegawai Pembangunan Insan dan Penolong Kanan PSP.

Program : NADWAH KEPIMPINAN PELAJAR Tingkatan 4
Tarikh : 14 Ogos 2020
Masa : 10.00pg hingga 11.00pg
Platform: Googlemeet
Peserta : 90 orang

Guru: 9 Orang

Program diisi dengan penyampaian tajuk kepentingán dn kelebihan berdakwah oleh Ust Adnan bin Omar.

Nadwah diselitkan dengan sesi soal jawab dan di akhiri dengan taklimat tugasan KHAS secara bersiri daripada Ust. Mohd Aiman Abdul Rahim dan perlu dihantar pd hari tersebut.Semoga Peserta beroleh ilmu kepimpinan yang bermanfaat dan dijelmakan dengan amal yang mantap in syaa allah. Ameen.

Jazakumullah khairan kathiran kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Nadwah online terutama kepada Pengetua, Penolong Kanan, Pegawai Pembangunan Insan,  Penyelaras Tingkatan 4, Murabbi Pelajar Tingkatan 4,Unit Pembangunan Sahsiah Murid, ibu bapa, MT Batch Altair23 dan semua murid Tingkatan 4 yang dikasihi Allah sekalian.

#BerilmuBeramalMemimpin

#JomKeSyurga

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda