SRIH JB: LAPORAN UJIAN MINDA SIHAT TAHUN 5 & 6

Selaras dengan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, GBK SRIH telah melaksanakan Ujian Minda Sihat kepada semua murid tahun 5 & 6. Objektif pelaksanaan Ujian Minda Sihat ini adalah bagi mengenal pasti murid yang terkesan dengan norma baharu di sekolah. Ujian untuk murid tahun 6 telah dilaksanakan pada 19 Julai 2020 manakala untuk tahun 5 pula pada 21 Julai 2020.

Selepas ujian dijalankan, GBK menggunakan masa dan ruang untuk mengajar murid Teknik Relaksasi semasa di dalam kelas bagi pengurusan emosi dan stress ketika belajar. Teknik Relaksasi tersebut merangkumi Teknik Bernafas, Teknik Bersenam serta Berurut.

Semoga Ujian Minda Sihat yang dijalankan mendapat manfaat kepada semua murid dalam mengenal pasti emosi mereka berkaitan dengan norma baharu serta mengaplikasikan Teknik Relaksasi bagi mengurus emosi mereka.

Om Wasiilah Osman

Guru Bimbingan dan Kaunseling SRIH

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda