SMIHJB: Jalinan Mesra Murid Tahfiz Kurikulum Bersepadu Tahfiz Sem 1 2020

SMIHJB| Jalinan Mesra Murid Tahfiz Kurikulum Bersepadu Tahfiz Sem 1 2020

Sesi Jalinan Mesra bagi murid Tahfiz (Tingkatan 1-3) yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Tahfiz telah diadakan pada hari ini 5 Julai 2020.

Sesi ini merupakan perjumpaan antara guru dan ibu bapa untuk membincangkan prestasi murid tahfiz tersebut sepanjang Semester 1 serta hal ehwal pembinaan diri murid secara keseluruhannya.

Pelaksanaan sesi ini tetap mengikuti panduan SOP perjumpaan sebagai langkah berhati-hati seperti sistem penggiliran dan penjarakan sosial.

Jalinan Mesra merupakan platform gandingan kerjasama ibu bapa dan guru yang pastinya akan memberikan kesan positif terhadap perjalanan halatuju murid-murid.

Malah sinergi antara keduanya dapat membangun karakter murid yang saling berkesinambungan dalam dua suasana penting sepanjang pembesaran mereka iaitu di sekolah dan di rumah.

Jazaakumullahukhairan kepada guru-guru Tahfiz Level 3 yang terlibat dan ibu bapa yang tidak melepaskan peluang dalam memanfaatkan ruang yang sangat berharga ini.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda