SRIHJB:Kursus IT Penggunaan Google Meet Untuk Guru-Guru.

Kursus IT telah berjalan dengan 2 aplikasi iaitu melalui Online pada 22 Jun 2020 dari jam 3 hingga 4.30 petang yang disampaikan oleh Pegawai IT PPH En Abdul Aziz Kahmaruzzaman.Kehadiran kelas online ini adalah seramai 75 orang.

Pada 23 ~ 25 Jun 2020 sekali lagi Kelas IT Penggunaan Google Meet dilaksanakan kali ini melalui perjumpaan di Dewan Mesyuarat Hudaibiah SRIHJB yang disampaikan oleh Pegawai IT PPH En Abdul Aziz Kahmaruzzaman.
Kursus dibahagikan kepada 6 sesi yang dihadkan kepada 20 orang guru sahaja bagi satu sesi. Guru wajib memilih sesi mengikut kesesuaian masa masing- masing. Berikut data kehadiran guru mengikut sesi :
TARIKH HARI MASA KEHADIRAN
23 Jun 2020 Selasa 8.30pg – 10.00pg 11 Orang
23 Jun 2020 Selasa 11.00pg – 12.30tgh 11 Orang
24 Jun 2020 Rabu 8 30pg – 10.00pg 16 Orang
24 Jun 2020 Rabu 11.00pg – 12.30tgh 12 Orang
25 Jun 2020 Khamis 8.30pg – 10.00pg 9 Orang
25 Jun 2020 Khamis 11.00pg – 12.30tgh 13 Orang
JUMLAH 72 Orang.

Alhamdulillah kursus berjalan dengan baik dan banyak persoalan serta permasalahan dapat dibincangkan bagi memastikan kelas atas talian yang akan datang dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda