PPH: Ucapan Takziah Pengurus Besar Kanan Bas Maju Hj Fazli bin Sulaiman

Kakitangan PPH mengucapkan takziah di atas pemergian Hj Fazli bin Sulaiman; Pengurus Besar Kanan Bas Maju dan juga bekas ibu bapa yang telah menghantar kesemua anaknya di Sekolah Islam Hidayah sebelum ini.

Dikhabarkan bahawa beliau telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) tengah hari tadi akibat penyakit kanser.

Sebelum ini, beliau telah banyak membantu Sekolah Islam Hidayah dalam urusan pengangkutan anak-anak untuk solat Jumaat dan ke perkhemahan luar.

Semoga Allah menerima amalan almarhum dan dimasukkan bersama golongan solihin, In sha Allah.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.”

#takziah

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda