PPH: Lawatan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) Berkaitan Pengurusan Pembukaan Sekolah Pasca PKP Covid-19

0
261

Pada hari Ahad, 21 Jun 2020, pemantauan berkaitan Pengurusan Pembukaan Sekolah Pasca PKP Covid-19 daripada pihak JPNJ telah dilaksanakan yang melibatkan seramai 12 orang iaitu terdiri daripada 2 orang wakil pihak JPNJ, En.Mohd Rizal bin Elias dan En.Muammar Gaddafi bin A.Latip, Ketua Eksekutif PPH, Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah, Guru Besar Sekolah Rendah Islam Hidayah, Penolong Kanan Sekolah, wakil daripada kakitangan bukan akademik dan wakil pihak PIBG.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membantu dan memastikan pihak sekolah telah bersedia dalam pengurusan pelaksanaan SOP bagi menangani penularan jangkitan wabak covid-19 apabila sekolah dibuka semula.

Pemantauan dilakukan melibatkan kawasan sekolah dan kawasan asrama untuk pelajar tingkatan 5 khususnya yang akan bermula sesi persekolahan pada 24 Jun 2020 ini.

Pemeriksaan adalah merangkumi pelbagai aspek seperti:
i) Pengurusan prasarana sekolah
ii) Keselamatan murid, guru dan warga sekolah
iii) Pengurusan asrama

Laporan daripada 3 aspek yang dinyatakan tersebut telah memberi hasil pemantauan yang sangat baik dan telah mematuhi semua SOP yang ditetapkan.

Oleh yang demikian, pihak sekolah merasa senang hati dan bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku jika sekolah dibuka nanti.