SMIHJB: Sebanyak 92% Daripada Murid-murid 1 Thabat Telah Mengikuti Kelas Motivasi Hafazan Secara Atas Talian

SMIHJB| Alhamdulillah pada 8 Mei yang lalu, 92 % murid-murid 1Thabat telah mengikuti Kelas Motivasi Hafazan yang diadakan secara atas talian.

Murid-murid ini merupakan generasi ketiga SMIH dalam mengikuti silibus (Kurikulum Bersepadu Tahfiz) iaitu dengan silibus hafazan yang menyasarkan 10 juz setahun dan tamat menghafaz 30 juz pada akhir tahun Tingkatan 3.

Sesi penyampaian slot 1 disampaikan oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad bagi menyuntik semangat murid-murid dengan memahami tujuan yang benar dalam menghafaz Al-Quran.

Seterusnya disambung kepada slot 2 iaitu perkongsian pengalaman Ustaz Baihaqi ketika belajar di Darul Quran sebelum ini.

Semoga perbincangan dan perkongsian ini dapat menanamkan cinta murid-murid kepada Al-quran serta menyediakan pasak yang kukuh dalam mendepani cabaran sepanjang menghafaz ayat-ayat AlQuran insya Allah.

U. Maryam Rufaidah Bt Zainal Abidin
Ketua Bidang Tahfiz,
Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda