SMIHJB: Program Membina Iman & Taqwa (MABIT) ‘online’ Tingkatan 2

0
153

SMIHJB| Pada 16 April 2020 (Khamis) yang lalu, Unit Tarbiah Murid Sekolah Menengah Islam Hidayah telah berjaya mengadakan Program Membina Iman dan Taqwa (MABIT) ‘online’ di rumah masing-masing. Seramai  173 murid Tingkatan 2 digalakkan untuk menghadirkan diri menyertai mabit ini.

Mabit ‘online’ merupakan kali pertama dijalankan dalam kalangan Tingkatan 2 bagi memastikan perlaksanaan tarbiah tetap berjalan walaupun dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Mabit ‘online’ ini dijalankan bersama dengan ibu bapa dan keluarga masing-masing. Murid-murid telah digalakkan untuk berpuasa sunat pada hari tersebut. Mereka juga telah diberikan tugasan untuk saling menelefon kawan dan menyusun atur masa untuk bangun berqiamulail di rumah.

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ‘sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji,” (Surah Al-Isra 17: 79)

Semoga usaha dan komitmen mereka menjayakan mabit ini diberi ganjaran oleh Allah s.w.t.

Sekian, terima kasih.