SMIHJB: Program Daurah Pelajar Tingkatan 4 Secara Atas Talian (Online)

SMIHJB| Pada 13 April 2020 (Isnin) yang lalu, Unit Tarbiah Murid Sekolah Menengah Islam Hidayah telah berjaya mengadakan Program Daurah Tingkatan 4 (Online). Seramai 101 pelajar Tingkatan 4 (45 Banin dan 56 Banat) berjaya menghadirkan diri.

Daurah ‘online’ ini merupakan kali pertama dijalankan dalam kalangan Tingkatan 4 bagi memastikan perlaksanaan tarbiah tetap berjalan walaupun dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Daurah ‘online’ ini dijalankan dalam kalangan pelajar di rumah masing-masing bersama dengan ibu bapa dan keluarga pelajar. Daurah berkenaan COVID-19 dan Sirah Umar r.a disampaikan melalui bentuk tayangan video pendek dan beberapa bahan bacaan yang diberikan, disusuli dengan aktiviti menjawab soalan yang diberikan dalam talian berdasarkan kefahaman pelajar terhadap video dan bahan yang diberikan.

Beberapa komen positif dan cadangan penambahbaikan telah diterima. Moga-moga segala keterlibatan guru dan pelajar dalam daurah ini diganjari oleh Allah s.w.t.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda