SMIHJB: Murid-murid Tahfiz SMIH Yang Mengikuti Silibus (Kurikulum Bersepadu Tahfiz) Dari Tingkatan 1-3 Terlibat Dalam Beberapa Aktiviti Hafazan Mengikut Kelas Masing-masing

SMIHJB| Assalamulaikum wrt ibubapa yang dihormati. Moga semua sentiasa dalam naungan dan rahmat Allah s.w.t.

Bermula 4 Mei 2020 – 20 Mei 2020 ini, murid-murid Tahfiz SMIH yang mengikuti silibus (Kurikulum Bersepadu Tahfiz) iaitu dari Tingkatan 1-3 terlibat dalam beberapa aktiviti hafazan mengikut kelas masing-masing.

Tingkatan 1: Hafazan sehingga m/s 30 @ Juz 2 (rakaman video)
Tingkatan 2: Murajaah sebanyak 5 juz (panggilan video)
Tingkatan 3: Murajaah sebanyak 3 juz (panggilan video)

Bagi sesi hafazan, murid-murid dikehendaki menghantar rakaman hafazan (yang sedang disemak oleh ibu bapa) kepada guru hafazan.

Manakala bagi sesi murajaah pula, murid akan ditanya beberapa soalan ayat hafazan untuk disambungkan melalui ‘panggilan video’ bersama guru masing-masing sepanjang tempoh ini.

Moga anak-anak ini diberikan tekad yang kuat dan kesabaran yang tinggi dalam memelihara Al-Quran insya Allah.

Terima kasih dan Jazakumullahu Khairan Kathira.

U. Maryam Rufaidah Bt Zainal Abidin
Ketua Bidang Tahfiz,
Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru.

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda