SMIHJB: Taklimat GPK SPM Batch Zenith 2020

0
298

SMIHJB| Pada 29 Februari 2020, SPM (SPM Excellent Project) telah mengadakan Taklimat GPK SPM bagi tahun 2020 kepada Ibu bapa pelajar Tingkatan 5.

Objektif taklimat ini diadakan untuk menyatakan saranan dan harapan sekolah GPK2.31. Selain itu, untuk memastikan ibu bapa dan murid menyokong hasrat, impian dan sasaran yang sama dengan pihak sekolah.

Taklimat ini dimulakan dengan ceramah motivasi kepada ibu bapa yang bertajuk “Pendidikan Anak-Anak Abad ke 21 oleh Tuan Adnan Bin Omar.

Kemudian, taklimat diteruskan dengan amanat daripada Ustazah Seri Juli Emas Wati Binti Adnan (Pengetua SMIH) dan kemudian taklimat GPK oleh Dr Noorzana Binti Khamis (Guru SEP). Penyerahan headcount pelajar telah diserahkan kepada ibu bapa melalui guru-guru kelas.

Semoga kejayaaan anak-anak batch Zenith ini dipermudahkan dan cemerlang di dunia dan akhirat.

Terima kasih buat barisan pentadbir, guru-guru serta ibu bapa di atas sokongan menghadiri taklimat ini.