SMIHJB: Pasukan Robotik Hidayah Cemerlang Di Pertandingan “World Robotic For Peace (WRP) 2020”

SMIHJB| Pada 7 dan 8 Februari 2020, Pasukan Robotik Sekolah Menengah Islam Hidayah telah menghantar 10 orang pelajar bagi menyertai pertandingan “World Robotik For Peace (WRP) 2020” bertempat di UTM Center for Student Innovation & Technology Entrepreneurship (UTM XCITE), UTM, Johor. Sebanyak 3 kategori telah disertai iaitu kategori Robot Sumo 1kg, Soccer Robot dan Maze Solving Robot. Pertandingan ini juga turut disertai peserta dari pelbagai negara khususnya dari Indonesia.

Alhamdulillah dan tahniah kepada pasukan Robotik Hidayah kerana telah mendapat tempat podium bagi kesemua kategori yang disertai. Berikut adalah pencapaian pasukan Robotik Hidayah dalam pertandingan ini:
1) Johan kategori Soccer Robot (Andika Adri Bin Abd. Hamid dan Abdul Rahman Bin Noorazhar)
2) Naib Johan kategori Sumo Robot 1 kg (Muhammad Danish Haikal Bin Sapari dan Muhammad Adeel Syahmi Bin Saridan)
3) Naib Johan kategori Maze Solving Robot (Abdullah Umar Bin Zaharuddin dan Muhammad Danial Hakim Bin Sapari)
4) Tempat ke-4 kategori Sumo Robot 1 kg ( Muhammad Burhan Bin Mohd. Ibrahim dan Muhammad Umar Aiman Bin Mohd. Sabri)

Satu lagi pasukan kategori Maze Solving Robot yang di wakili oleh pasukan pelapis dari tingkatan 2 iaitu Syafiq Azim Bin Azhar dan Amirul Muhaimim Mazlan telah terkandas kerana mengalami masalah teknikal. Pasukan Robotik SMIH telah dilatih oleh guru-guru Kelab Robotik SMIH iaitu En. Hafiz bin Nazar dan En. Azri B. Ali.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah, Ustazah Seri Juli Emaswati binti Adnan, Penolong Kanan Akademik, Ustazah Mashida binti Sakrani, Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Ezaidin bin Norman, Ketua Bidang Teknik & Vokasional, Ustazah Siti Shamtidar Bt. Boahari dan Ketua Panitia Komputer, Ustazah Norizah binti Mohd Salleh yang telah memberikan peluang, sokongan dan dorongan bagi menyertai pertandingan ini.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda