SMIHJB: Lawatan Sekolah Menengah Ibnu Khaldun, Shah Alam, Selangor.

SMIHJB| Pada pagi tadi tanggal 12/3/2020
Bersamaan 17 Rejab 1441 H satu rombongan tetamu dari Shah Alam telah datang menziarahi kami di Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bharu.
Rombongan dari SM Ibnu Khaldun Shah Alam telah bertamu mulai pukul 7.30 pagi sehingga 9.30 pagi.
Mereka terdiri daripada
61 orang putera
54 orang puteri
Dan 6 orang guru pengiring

Diantara Objektif lawatan ialah:
1. Menjalinkan ukhuwwah dan persahabatan antara warga sekolah.

2. Memberi pendedahan dan pengalaman berbahasa inggeris, memberi ucapan dan membuat persembahan di dalam bahasa inggeris.

3. Bertukar-tukar pengalaman dan budaya kerja.

Tetamu telah disambut mesra dengan pukulan kompang oleh pasukan kompang Smih di dataran Hidayah. Juga aluan selawat setibanya mereka ke Dewan Qadisiah.

Antara aktiviti yang di adakan ialah persembahan debat bahasa inggeris dan persembahan oleh kumpulan nasyid sekolah , Najahan.

Semoga lawatan ini dapat mencapai objektif yang telah digariskan in syaa allah.

Untuk melihat gambar selanjutnya,

Sila klik pautan dibawah ini: 

LawatanIbnuKHALDUN (1) LawatanIbnuKHALDUN (2) LawatanIbnuKHALDUN (3) LawatanIbnuKHALDUN (4) LawatanIbnuKHALDUN (5) LawatanIbnuKHALDUN (6) LawatanIbnuKHALDUN (7)

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda