SMIHJB: Salah Seorang Peserta Catur SMIH Melayakkan Diri ke Peringkat MSSJ

SMIHJB| Pada 12 dan 13 Februari 2020 seramai 16 orang peserta daripada Smih telah menyertai pertandingan catur peringkat daerah (MSSD) di SMK Mohd Khalid.

SMIH telah menghantar peserta bagi kategori lelaki bawah 18,15 dan 13 dan perempuan bawah 18,15 dan 13.

Salah seorang peserta Smih, Muhammad Adeel Syahmi Bin Saridan telah mendapat tempat ke 3 bagi kategori Lelaki bawah 18 tahun sekaligus melayakkan diri ke peringkat MSSJ yang akan diadakan di Muar,Johor dan Buraidah bin Zulkiflie mendapat tempat ke sebelas daripada 101 orang peserta yang bertanding.

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada para peserta. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pengetua , Puan Seri Juli Emas Wati bt Adnan, Pk Kokurikulum , Encik Ezaidin bin Norman dan barisan guru- guru kelab catur. Semoga dengan kejayaan kali ini dapat memberi motivasi kepada murid-murid Sekolah Menengah Islam Hidayah dalam menyertai permainan minda sebegini .

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda