SMIHJB: Program Daurah Katibah Tingkatan 3

SMIHJB| Alhamdulillah, pada tarikh 14 Februari 2020, hari Jumaat, unit tarbiah murid Sek Men Islam Hidayah, telah mengadakan Program Daurah Katibah Tingkatan 3.

Objektif daurah pada hari ini adalah seperti berikut:
1. Memantapkan fikrah Islamiyah dan meningkatkan rasa izzah dengan cara Islam
2. Melahirkan jiwa-jiwa yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah
3. Mengeratkan ukhuwah Islamiyah sesama batch Tingkatan 3.

Pengisian daurah disampaikan oleh Ustaz Abdullah Mus’ab bin Aizaini, Ustaz Mohd Saleh bin Mohamed dan Ukhti Radhwa binti Yusairi di 3 tempat berbeza dalam kawasan sekolah bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Semoga program daurah katibah tingkatan 3 pada hari ini mencapai objektifnya dan memberikan manfaat yang baik kepada murid dalam membentuk semangat agar terus membina jati diri dan akhlak menjadi Generasi Rabbani.

Jazakumullah khairan katsira kepada semua yang terlibat terutama Unit Tarbiah Murid dan Unit Pembangunan Sahsiah Murid diatas berlangsungnya program ini.

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda