SMIHJB: Menyertai Pertandingan Youth Industry Bootcamp Southern Region

SMIHJB|Alhamdulillah, pada tarikh 17 sehingga 20 Februari 2020, murid Sek Men Islam Hidayah, telah menyertai pertandingan Youth Industry Bootcamp (Southern Region) di UiTM Pasir Gudang.

Pertandingan ini dianjurkan oleh CREST Talent Development dan The Great Lab dengan kerjasama UiTM Pasir Gudang.

Seramai 6 orang murid yang terdiri daripada murid tingkatan 4 dan tingkatan 2 telah menyertai pertandingan tersebut.

Selama 4 hari 3 malam, murid-murid didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti company visit, sharing session, technical workshop, design thinking workshop, proposal preparation, product development dan pitching session.

Alhamdulillah, berikut adalah kejayaan SMIH

1. Best Presenter (Dzhariif Ilham Mohd Hilmi Syukran)
2. Tempat kedua Track 2
-Dzhariif Ilham Mohd Hilmi Syukran
-Mohammad Hazim Mifzal Md Shahrumizan
-Muhammad Syamim Shafik

Murid tingkatan 2 yang turut menyertai :
Ammar Faez Faizal
Haris Zaer Azanuddin
Nafiz Naqiuddin Hadi

Semoga ilmu yang diperolehi dapat membentuk insan yang berdaya saing disamping memiliki akhlak yang mantap.

Jazakumullah khairan katsira kepada Pengetua, guru pengiring iaitu En Mohd Fikri Abd Rahman dan Dr Noorzana Khamis,ibu bapa dan semua yang terlibat dan menyokong. Penyertaan ini adalah sebahagian aktiviti di bawah bidang Teknik Vokasional serta bidang Sains dan Matematik untuk usaha mencungkil potensi murid-murid ini.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda