SMIHJB: Lawatan Penanda Aras Mpp-Asrama 2020

SMIHJB| Pada tanggal 13 – 15 Februari 2020, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pihak pengurusan asrama Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru telah mengadakan lawatan penanda aras ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Kajang atau nama lainnya ialah Maahad Hamidiah Islamic Secondary School (MAHISS) dan Sekolah Menengah Islam Hira’, Jeram.

Objektif utama lawatan penanda aras dilaksanakan ialah :
i. Berkongsi idea tentang pelaksanaan badan kepimpinan pelajar dalam mewujudkan keharmonian dan mencapai matlamat sekolah.
iii. Menimba ilmu untuk mewujudkan pengurusan asrama yang lebih sistematik dan kondusif serta membina sahsiah diri pelajar asrama yang cemerlang dan berdikari.

Lawatan ini disertai oleh 14 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan yang terdiri daripada barisan MPP dan Majlis Tertinggi asrama diiringi oleh 3 orang guru dan seorang penyelia asrama. Antara aktiviti sepanjang lawatan diadakan adalah perkongsian berkaitan kepimpinan sekolah dan asrama, forum santai diantara 2 buah sekolah (MAHISS vs SMIH), lawatan di sekitar sekolah dan asrama dan sesi PdPc di sekolah MAHISS.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Kajang dan Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram atas kesudian menerima kunjungan lawatan dari pihak MPP dan asrama Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru. Sanbutan yang sangat meriah dan layanan yang istimewa ditambah lagi dengan hidangan yang sungguh menyelerakan menjadikan satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Pihak Sekolah Menengah Islam Hidayah sangat berbesar hati menerima kunjungan balas dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Kajang dan Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram. Semoga lawatan ini menjadi satu platform untuk menjalinkan ukhuwah di antara sekolah yang terlibat dan pimpinan Sekolah Menengah Islam Hidayah berusaha melakukan anjakan paradigma untuk membawa perubahan dalam kepimpinan sekolah dan pengurusan asrama dengan lebih cemerlang. In syaa Allah.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda