SMIHJB: Kejohanan Bola Jaring P18 MSSD 2020

0
346

SMIHJB| Pada tanggal 9, 10 dan 11 Februari yang lalu iaitu pada hari Ahad, Isnin dan Selasa bermula dari jam 7:30 pagi sehingga jam 6:30 petang  telah berlangsungnya Kejohanan Bola Jaring P18 MSSD 2020. Pasukan Bola Jaring P18 SMIH telah meneruskan perjuangan bola jaring adik-adik bawah 15 tahun pada Februari lalu.

Pasukan SMIH telah menjuarai PERINGKAT KUMPULAN dengan menumpaskan 4 buah sekolah secara liga. Debaran sangat terasa ketika SMIH beraksi bermati-matian tanpa menyerah kalah pada PUSINGAN KEDUA secara kalah mati. Perlawanan agak sengit kerana pada 15 minit perlawanan SMIH dan SMK Desa Skudai memungut mata seri (9-9).

Walau bagaimanapun SMIH mendahului mata 4-3 pada 5 minit masa tambahan dengan sokongan yang luar biasa dari sekolah-sekolah lain di samping kekuatan “Fighting Spirit” pemain yang mengharapkan kemenangan dari SMIH. Dengan kelebihan 1 jaringan (13-12) sudah cukup membawa SMIH ke PERINGKAT SUKU AKHIR.

Oleh itu, SMIH diisytiharkan sebagai ( Top Five) setelah tewas dengan SIGS (Sultan Ibrahim Girl School) (11 – 15). Kami bersyukur terhadap kejayaan ini. Jutaan terima kasih kepada Pn. Pengetua yang sentiasa menyokong dan mendoakan. Terima kasih juga kepada ibu bapa para pemain yang memberikan sokongan moral dan material serta tembakan doa yang tidak putus-putus kepada anak-anak begitu juga doa daripada semua warga HIDAYAH. Terima kasih ini juga ditujukan kepada alumni yang  juga merupakan bekas pemain bola jaring sekolah iaitu saudari Ruqayyah Nuruliman Ainullotfi dan saudari Nurul Izzah Mohd Fazi yang turut membantu dalam melatih adik-adik U15 dan U18 serta setia di sisi Ustazah Hanim memperjuangkan dunia bola jaring ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga kejayaan ini memberikan sinar untuk SMIH melakar sejarah ke peringkat yang lebih tinggi lagi dalam arena bola jaring. Luaskan kuasamu SMIH .

PERINGKAT KUMPULAN:

SMIH VS TUTA
9-5 (Menang)

SMIH VS KSAB
18 -0 (Menang)

10 Januari 2020 (Isnin)

SMIH VS SETA
11 – 7 (menang)

SMIH VS TASEK UTARA
11 – 3 (menang)
JOHAN KUMPULAN

PUSINGAN KEDUA

SMIH vs DESA SKUDAI
13 -12

– Seri 15 minit perlawanan : 9-9
– Masa tambahan 5 minit : 4-3
-Jumlah 13-12

11 Januari 2020 (Selasa)

PERINGKAT SUKU AKHIR:

SMIH vs SIGS
11 – 15 (Tewas)

” Let’s Dakwah Through Sports”.