SMIHJB: Kejohanan Bola Jaring P15 MSSD JB

SMIHJB| Pada 28, 29 dan 30 Januari 2020 Sek.Men.Islam Hidayah JB telah menghantar pasukan bola jaring P15 ke Kejohanan Bola Jaring P15 MSSD JB di Kompleks Belia dan Sukan (KBS), Larkin. Sebanyak 32 buah sekolah mengambil bahagian. Alhamdulillah SMIH telah mendapat johan dalam kumpulan dan melepasi perjuangan dalam pusingan kedua sehingga melayakkan diri ke Pusingan Suku Akhir.

Namun SMIH terpaksa akur apabila tewas dengan Sek. Men. Tun Fatimah dalam pusingan ini. Kami bersyukur kerana terdiri daripada 8 pasukan terbaik untuk kejohanan kali ini yang meletakkan kami tempat ke-7 daripada kesemua sekolah yang mengambil bahagian.

Tahniah untuk para peserta yang mengharumkan nama SMIH JB. Terima kasih tidak terhingga kepada Pn. Pengetua yang banyak memberikan sokongan dan kerjasama untuk pasukan kami seterusnya kepada Pengurus Pasukan dan Jurulatih Pn.Hanim Jasman dan Cik Ruqayyah Nuruliman Ainullotfi.

Berikut laporan keputusan:

Kejohanan Bola Jaring P15 MSSD JB

28 Januari 2020 (Selasa)
Peringkat kumpulan

SMIH VS TEBRAU(top 5 )
5 – 3 (menang)

SMIH vs GELANG PATAH
12 – 3 (menang)

SMIH VS CONVENT
12 – 7 (menang)
(Johan kumpulan)

Pusingan ke-2 (Kalah mati)
SMIH VS DESA SKUDAI
7- 2 (menang)

Peringkat Suku Akhir:
SMIH VS STF
(Tewas)

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda