Lawatan SMP Islam Al Hasannah Bengkulu Sumatera Indonesia.

0
606

SMIHJB| Pada pagi tadi tanggal 12/2/2020, bersamaan 18 jamadilakhir 1441 H satu rombongan tetamu dari jauh telah datang menziarahi kami di Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bharu.
Rombongan dari SMP Islam Al Hasannah Bengkulu telah bertamu mulai pukul 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari.
Mereka terdiri daripada
40 orang siswa
34 orang siswi
Dan 8 orang pendamping

Diantara Objektif lawatan ialah:
1. Menjalinkan ukhuwwah dan persahabatan antara warga sekolah.
2. Memberi pendedahan dan pengalaman baru bermuayasyah dengan murid luarnegara.
3. Bertukar tukar pengalaman dan budaya.

Tetamu telah disambut mesra dengan pukulan kompang oleh pasukan kompang Smih.
Kemudiannya telah dihiburkan oleh kumpulan nasyid sekolah , Najahan.

Lawatan di akhiri dengan aktiviti bersama kumpulan kumpulan KP, Keluarga Penyayang dengan permainan permainan tradisional yang pelbagai.
Semoga lawatan ini dapat mencapai objektif yang telah digariskan in syaa allah.