SRIHJB: Sambutan Tahun Baru Cina Di SJK(C) Foon Yew 1

Pada hari selasa 21/1/2020 yang lalu, pihak SRIH JB telah turut serta meraikan Sambutan Tahun Baru Cina SJKC Foon Yew 1.

Srih Jb diwakili oleh Guru besar Ustazah Rohaida Ridzwan, Penolong Kanan HEM Ustazah Zaleha Daud dan Ustazah Siti Nor Aida Mohd Ayub serta empat orang murid lelaki dan empat orang murid perempuan.

Majlis dirasmikan oleh Ahli Parlimen Johor Bahru YB Hj Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir. Turut hadir Timbalan Pengarah JPNJ Tn Hj Shaharudin bin Saari, wakil Adun Tebrau, Pengerusi Pibg Sjkc Foon Yew 1, beberapa guru besar & penolong kanan sekolah jemputan dan lain-lain.

Pihak Srih Jb turut menyampaikan hamper hari raya & Majalah 30 Tahun Srih kepada Sjkc Foon Yew 1.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah persembahan istimewa gendang oleh tetamu jemputan utama termasuk YB & Timbalan Pengarah Jpnj, penyerahan angpau & limau manderin, tulisan kaligrafi cina, lao sheng, persembahan kebudayaan cina, india & melayu serta penyampaian hadiah. Majlis disudahi dengan jamuan Makan tengah hari.

Semoga wakil Srih yang hadir terutama anak-anak mendapat pengalaman yang berharga terutama dalam aspek keharmonian kaum serta menjadi duta Islam yang rahmah.

Guru besar
SRIH JB
21/1/2020

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda