SRIHJB: Majlis Pemasyhuran Kepimpinan Murid SRIH 2020

0
719

Alhamdulillah, pada hari Ahad bersamaan 5 Januari 2020 telah berlangsung Majlis Pemasyhuran Kepimpinan Murid SRIH 2020 dengan jayanya. Seramai 189 orang murid telah dilantik untuk menganggotai barisan kepimpinan murid pada tahun ini. Penyerahan watikah telah disempurnakan oleh Guru Besar bersama Timbalan Guru Besar, Pengurus Pembangunan Sahsiah dan Kepimpinan Murid, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum.

Majlis dimulai dengan pelantikan Saf Kepimpinan Muda seramai 12 orang pengawas tahun enam yang juga merupakan kepimpinan tertinggi murid. Seterusnya, pelantikan pengawas baru seramai 77 orang terdiri daripada murid-murid tahun empat, lima dan enam. Setelah penyampaian watikah, diadakan sesi pembacaan ikrar oleh semua pengawas yang diketuai oleh Ketua Murid, Sofi Akmal bin Mohamad Nizam.

Selamat menjalankan tugas buat Saf Kepimpinan Muda, pengawas-pengawas lantikan baru dan lama bagi sesi 2020.


Semoga dapat memimpin dengan rahmah dan menjadi qudwah hasanah kepada rakan-rakan yang lain ke arah menjadikan semua murid SRIH soleh, musleh dan cemerlang.

SRIH 2020 : RAHMAH, BERPRESTASI TINGGI & MEMIMPIN

Disediakan oleh:
Unit Kepimpinan Murid SRIH