SRIHJB: Kami Terima Sumbangan Al-Quran

Pihak Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru sangat berbesar hati menerima sumbangan Al Quran sebanyak 100 naskah dari seorang hamba Allah yang tidak mahu dikenali namanya.

Sumbangan tersebut telah disampaikan melalui Encik Eddy Saflinur Bin Ali Noor dan Puan Ungku Rokhamilin binti Ungku Kassim.

Pihak Sekolah telah menerima sumbangan tersebut pada 30 Januari 2020.

Ucapan setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga daripada pihak sekolah di atas usaha yang dilakukan, sama ada yang menyumbang dan yang berusaha mengumpulkan sumbangan tersebut.

Semoga segala usaha-usaha yang dilakukan mendapat sebaik-baik ganjaran dari Allah. InsyaAllah

Jazakumullahu khairan kathiraa.

Ustazah Nur Aisyah binti Ginen
Pen. Kanan Diniah SRIHJB

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda