SMIHJB: Sukan Tahunan Kali ke-25,”Hidupkan Sunnah, Jom Sukan”.

SMIHJB| Pada 22 Januari 2020, telah diadakan Temasya Sukan SMIH kali ke-25 di Stadium Tan Sri Azman Hashim . Sukan Tahunan kali ke-25 telah dirasmikan oleh Tuan Haji Dr Wan Ibrisam Fikry Bin Wan Ismail selaku pengerusi PIBG Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Acara telah bermula seawal 7.40 pagi sehingga 1.30 petang. Dalam acara perbarisan dan sorakan terbaik telah dimenangi oleh Rumah Kuning, Rumah Biru (Abu Ayyub Al Ansori) telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi kali ketujuh sejak Sukan SMIH yang pertama pada tahun 1996. Kemenangan ini adalah kemenangan kedua berturut sejak tahun 2019.

Berikut adalah kedudukan akhir setiap rumah sukan pada kali ini:
1. Biru
2. Kuning
3. Hijau
4. Merah

Temasya Sukan SMIH Ke-25 tahun ini juga turut mengadakan acara jemputan dengan menjemput bapa dan alumni SMIH untuk menyertai acara larian 2x50m (bapa pelajar) dan 100 m bagi alumni SMIH.

Jazakalllah Kepada Guru-Guru, PIBG dan Ibu bapa yang terlibat menjayakan Sukan Tahunan kali ini Mudah-mudahan dengan temasya sukan tahunan tahun ini dapat menjalin silaturahim antara pelajar, guru dan ibu bapa SMI Hidayah JB. Insya Allah.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda