SMIHJB: Program Orientasi Tingkatan 4

SMIHJB| 4 Januari 2020, Sabtu

Seramai 160 pelajar yang mendaftar untuk menghadiri program orientasi tingkatan 4 di Sekolah Menengah Islam Hidayah. Ibu bapa dan pelajar di wajibkan untuk menghadiri beberapa taklimat di sebelah pagi termasuklah taklimat pengetua, taklimat Psikometrik dan kaunseling, taklimat Pemilihan Subjek, taklimat tarbiah dan terakhir ialah taklimat kokurikulum.

Selepas itu, pelajar tinggal di sekolah untuk meneruskan dengan aktiviti berikutnya iaitu Eksplorace bertemakan kerjaya yang di kendalikan oleh kaunselor dan pelajar alumni Batch 21. Terdapat 6 Check Point (CP) yang dijaga oleh alumni. Setiap CP memberi peluang kepada para peserta memahami sedikit mengenai kerjaya – kerjaya professional di masa hadapan seperti doktor, askar, guru, jurutera, peguam dan agamawan. Program tamat pada jam 5.00 petang.

Seterusnya, pelajar diberi masa untuk melaksanakan aktiviti Bersama batch seperti riadah, solat, maasurat dan tazkirah dari asar hingga ke isyak. Pada jam 9.00 mlm, slot tarbiah yang bertajukkan “Ukhwah” disampaikan oleh Mohamad Anas Bin Yaakub.

5 Januari 2020, Ahad

Pelajar memulakan program dengan aktiviti kerohanian seperti qiam dan maasurat. Pada jam 8.00 pagi, program di teruskan dengan aktiviti yang menguji kemahiran berfikir kritis serta semangat kerjasama di dalam aktiviti bernama Investment: Liar Game. Hasil daripada aktiviti ini, pelajar dapat menghiratkan ukhwah Bersama mereka. Pada jam 11.30 pagi, program tamat dengan resolusi dan ucapan daripada wakil pelajar tingkatan 4.

CP 6: Unit beruniform, pelajar diuji ketahanan fizikal

CP 4: Guru untuk aktiviti Eksplorace bertemakan kerjaya

Slot Tarbiah bertajuk Ukhwah

Perbincangan dalam slot pemikiran kritis “Investment: Liar Game”

Keputusan Permainan Investment: Liar Game

#JomKeSyurga

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda