SMIHJB: Program Kursus Kepimpinan Bagi Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kelas Sekolah Menengah Islam Hidayah

0
99
SMIHJB| Pada 9 dan 10 Januari 2020 telah diadakan Kursus Kepimpinan Organisasi bagi Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kelas Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai pengurusan kelas yang berkesan, membincangkan masalah semasa dalam organisasi kelas dan mencadangkan cara mengatasinya serta merancang fokus dan aktiviti utama kelas untuk tahun 2020.

Murid yang terlibat dengan program ini terdiri daripada Ketua & Penolong Ketua Kelas, Bendahari dan Ahli jawatankuasa. Penyertaan adalah seramai 108 orang.

Pengisian yang disampaikan dalam program ini berkaitan dengan pengurusan organisasi dan peranan jawatankuasa kelas.

Semoga program ini dapat membantu dan membina peribadi murid sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya.

 
 
#JomKeSyurga