SMIHJB: “Hidupkan Sunnah, Jom Sukan” Merentas Desa 2020

SMIHJB| Pada Ahad 19 januari yang lepas, Sekolah Menengah Islam Hidayah telah mengadakan acara tahunan Merentas Desa di tanah kebun kelapa sawit bersebelahan sekolah.

Acara ini adalah salah satu acara sukantara yang bermaksud ianya diwajibkan kepada semua pelajar SMIH yang sihat tubuh badannya. Selari dengan moto sukan; ‘Hidupkan Sunnah, Jom Sukan’ pada tahun ini, para pelajar telah berlari sepanjang 2.5 Km bagi pelajar banat, dan 5.5 km bagi pelajar banin.

Acara ini disertai oleh 800 orang pelajar banin dan banat, dan diawasi oleh 50 orang guru di sepanjang laluan trek yang telah disediakan. Para pelajar banat telah dilepaskan untuk berlari oleh pengetua untuk berlari seawal jam 8.55 pagi. Para pelajar banin pula mula dilepaskan jam 9.55 pagi. Pelajar terakhir yang keluar dari trek sekitar jam 11.15 pagi.

Sebahagian besar pelajar berjaya menamatkan larian, namun ada sesetengah pelajar diiring pulang oleh guru-guru kerana tidak mampu meneruskan larian.

Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan acara merentas desa pada tahun ini. Semoga para pelajar dan guru dapat mencapai kesihatan di tahap yang terbaik, dan menyumbang kepada prestasi akademik dan akhlak pelajar di sekolah.

#JomKeSyurga

#HidupkanSunnah

#JomSukan

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda