SMIHJB: Bermulanya Taklimat Tarbiah Tahun 2020

7 January 2020

SMIHJB| Alhamdulillah, pada pagi 7 Januari 2020 telah berlangsung sesi taklimat tarbiah kepada semua murid Sekolah Menengah Islam Hidayah. Murid telah dikumpulkan mengikut tingkatan masing-masing dan sesi telah dikendalikan oleh guru penyelaras tarbiah tingkatan masing-masing. Semoga sesi ini memberi manfaat yang besar buat semua murid sebagai persiapan bagi meneruskan pentarbiahan diri masing-masing di tahun baru 2020 ini.

Kongsikan dan Sebarkan