SMIHJB: Bengkel Pengendalian Pencetak 3D (3D PRINTER) Siri 1

0
397

SMIHJB| Pada hari Sabtu, 11 Januari 2020 telah diadakan Bengkel Pengendalian Pencetak 3D khusus bagi pelajar-pelajar Kelab Robotik SMIH yang terpilih. Bengkel yang dianjurkan oleh Kelab Robotik SMIH dengan kerjasama Panitia Reka Bentuk Teknologi (RBT) SMIH ini telah diadakan di Makmal Robotik dan RBT SMIH. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan ilmu dan kemahiran dalam mengendalikan pencetak 3D.

Bengkel ini disertai oleh 10 orang pelajar dan 3 orang guru Kelab Robotik SMIH iaitu En. Hafiz Bin Nazar, En. Azri Bin Ali dan Puan Norizah Bt. Mohd. Salleh. Program ini dikendalikan oleh pakar dalam bidang robotik iaitu En. Muhammad Zulhelmi Kamarudin dari Mechabotics Enterprise dibantu oleh seorang pembantu beliau.

Buat pertama kali, SMIH akhirnya berjaya membeli pencetak 3D sendiri untuk kegunaan Kelab Robotik SMIH dan pelajar-pelajar yang belajar subjek RBT. Antara pengisian dalam bengkel ini ialah, kelas teori dan praktikal penggunaan pencetak 3D. Selain itu, para peserta juga diajar bagaimana untuk menggunakan perisian SOLIDWORKS untuk membuat lakaran dalam bentuk 3D sebelum lakaran tersebut diterjemahkan dalam bentuk nyata (3D) menggunakan pencetak 3D.

Semoga bengkel seperti ini dapat diterusksn untuk siri ke-2 dan seterusnya. Banyak manfaat yang dapat diperoleh oleh para peserta yang mengikuti bengkel ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua, Puan Seri Juli Emas Wati Bt. Adnan, GPK Akademik, Puan Mashida Bt. Sakrani dan GPK Kokurikulum, En Ezaidin Bin Norman yang setia memberikan sokongan dalam memajukan pembangunan Kelab Robotik SMIH. Juga ucapan penghargaan kepada penceramah, En. Muhammad Zulhelmi Kamarudin yang turut bertindak sebagai jurulatih luar Kelab Robotik SMIH. Semoga kelab ini terus berjaya dimasa hadapan.

#JomKeSyurga