SMIH JB I UNIT MPP : KEM QIADAH 2020

0
96

Pada 9 dan 10 Januari 2020 telah berlangsung program Kem Qiadah bagi semua qiadah Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru.

Objektif utama program ini ialah membina gambaran besar kepimpinan dalam pemikiran para kepimpinan pelajar SMIH dan melatih kemahiran-kemahiran penting yang mesti wujud dalam diri seorang pemimpin.

Murid yang mengikuti program Kem Qiadah ini khusus berjawatan PRS, Pengawas dan KRS (Sarjan dan ke atas) seramai 148 orang.

Antara slot yang dimasukkan dalam program ini ialah induksi qiadah, kompas qiadah dan praktikal qiadah bagi mencapai objektif program.

Dengan bertemakan “Membina Qiadah Yang Faham dan Praktis”, diharapkan agar peserta Kem Qiadan mendapat manfaat dan menjadi pemimpin yang unggul pada ummah.

JomkeSyurga