SRIHJB: Perkhemahan Nasional (PERNAS) 2019

0
830

Tarikh : 14-17 Disember 2017
Tempat: Kem Bina Semangat YPJ, Sekakap, Mersing

Seramai 57 orang murid dan 6 orang Guru Pengiring Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru telah menyertai Perkhemahan Nasional (Pernas) 2019 di Kem Bina Semangat YPJ, Sekakap, Mersing pada 14-17 Disember 2019 anjuran KRS Musleh.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan antaranya Kawad, BaSeD, Kem Kraf, Gajet, Obrace, Masakan Kreatif, Quran Hour, Bicara Tokoh dan Lawatan Muhibah.

Alhamdulilah, SRIH JB telah berjaya memenangi beberapa pertandingan. Antaranya:-

Kategori Fatayat

  1. Johan Kawad SRI Fatayat
  2. Johan Obrace SRI Fatayat ( Nur Aqilah Norizan, Nur Najlaa Afifah)
  3. Naib Johan Kem Kraf SRI Fatayat
  4. Ketiga MeTra SRI Fatayat ( Nur Humaira Uzma)

Kategori Syabab

  1. Johan Masakan Kreatif SRI Syabab
  2. Johan Kem Kraf SRI Syabab
  3. Naib Johan SRI Syabab Obrace ( Irfan Azmi)

Tahniah diucapkam kepada semua pemenang.

Pihak sekolah merakamkan ucapan jazakumullah khairan kathira kepada semua pihak termasuklah ibu bapa, guru-guru, JPS dan pihak pengurusan sekolah atas komitmen dan kerjasama yang telah diberi sepanjang program ini.

Semoga usaha, penat lelah semua pihak diberi ganjaran oleh Allsh SWT.

Jzkk pada guru pengiring iaitu Ustaz Fadzil, Ustaz Aslam, Ustaz Saleh, Ustazah Saidah, Ustazah Nurbahiyah dan Ustazah Suryani.

Semoga semua peserta dapat manfaat dari program ini dan menjadi pengalaman yang paling berharga untuk mereka.

Sekian dan jazakallah khairan kathira.

Ust Fadzil
17/12/19