SMIHJB: Program Kem Tahfiz SMIH

 

SMIHJB: Pada 30 November 2019 yang lalu, Alhamdulillah para pelajar Tahfiz Smih telah selesai menjalani program Kem Tahfiz yang berlangsung selama 8 hari. Pelajar tahfiz yang terlibat dengan kem ini seramai 120 orang bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4 sahaja.  Kem tahfiz ini hanya bertempat di sekitar kawasan sekolah.

 

Objektif utama Kem tahfiz dianjurkan pada tahun ini bertujuan untuk memastikan para pelajar menghabiskan silibus tahunan masing-masing, murajaah hafazan yang telah mereka lalui serta membina satu biah peribadi hafiz hafizah yang Musleh.

 

Semoga Kem Tahfiz yang berlangsung baru-baru ini dapat mencapai objektif selaras dengan tema pada kali ini Hafiz Rabbani Pengislah Ummah “.

 

Pengarah Kem Tahfiz November 2019 ialah Ustazah Shahidah binti Sheikh Ahmad.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda