SRIHJB: Rehlah Keluarga Guru SRIHJB

|| Program

Tanjung Leman, 27 Oktober 2019: Alhamdulillah dengan izin Allah program Rehlah Keluarga Guru SRIH di Felda Residence, Tanjung Leman telah selamat melabuhkan tirainya pada Ahad, 27 Oktober jam 10.00 pagi. Seramai 296 org daripada 69 keluarga guru menghadiri program ini yang bermula pada Sabtu 26/10 jam 2.00 petang.

Antara aktiviti menarik yang diadakan ialah permainan keluarga,sukaneka kaum lelaki, kaum perempuan, dan kanak-kanak.

Aktiviti pengisian diadakan pada sebelah malam dengan slot Bual Bicara Keluarga Rahmah bersama ahli panel Prof Dr Mohd Aizaini Ma’arof,YDP Ikram Iskandar Puteri dan Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad, Guru Tahfiz SMIH. Banyak isu kekeluargaan yang berjaya dikupas oleh kedua-dua penceramah dgn mantap dan menarik sekali.

Selain itu pengisian slot KULTUM selepas solat Subuh disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Hatta bin Hussin berkisar tentang perkongsian pengalaman beliau menyertai Edutrip Nusantara ke Padang,Sumatera.

Aktiviti pagi iaitu tadabur alam bersama keluarga di pantai juga antara slot untuk merapatkan ukhwah dalam keluarga masing-masing.

Sesi penutup telah disempurnakan oleh Guru Besar, Ustazah Rohaida Ridzwan. Beliau telah melahirkan penghargaan pihak sekolah terhadap pasangan dan ahli keluarga yang telah banyak berkorban dan memberi sokongan kepada guru-guru dalam menjalankan tugas di Pusat Pendidikan Hidayah.

Semoga program yang diadakan ini dapat mencapai objektif untuk merapatkan ukhwah dan meningkatkan motivasi kekeluargaan dalam kalangan pendidik di Sekolah Rendah Islam Hidayah.

Wan Rudzina Wan Mansor,
Pengurus Tarbiyah Guru dan Staf,
Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor Bahru.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda