SRIHJB: Program Kembara Rohani Tahun 6 (2019)

0
577

Alhamdulillah pada 7-8 November 2019 telah berlangsungnya Program Kembara Rohani yang melibatkan 168 murid tahun 6 Sekolah Rendah Islam Hidayah.

Pelbagai jenis aktiviti yang telah dijalankan antaranya adalah Program Street Dakwah, Inspiring Kindness In Public, slot ceramah, latihan dalam kumpulan dan bermacam lagi.

Program ini juga memberi ruang kepada murid berinteraksi secara aktif dalam kumpulan dan berucap di hadapan rakan sebaya.

Program yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Sahsiah Murid ini bertujuan supaya murid jelas halatuju hidup sebagai seorang Muslim dan berasa izzah menjadi seorang Muslim.

Murid-murid juga diterapkan dengan nilai saling menghormati, sentiasa mengamalkan akhlak yang baik dan terus mencari tarbiyah walau di mana mereka berada.

Alhamdulillah program ini telah berjalan dengan lancar dan semoga anak-anak murid SRIH dapat mengutip sebanyak-banyak ilmu untuk diamalkan dan dijadikan bekalan serta pegangan hidup sepanjang hayat. Insyallah.

MASIDAYU MAHUSIN
PENGARAH PROGRAM
KEMBARA ROHANI 2019