SMIHJB: Peperiksaan bukan penghalang merangkul kejuaraan Pertandingan Bola Jaring!

Bandar Baru Uda, 31/10/19:  Telah berlangsungnya Pertandingan Bola Jaring U16 yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Jaring Daerah Johor Bahru di Dewan Terbuka Bandaraya, Bandar Baru Uda. Ini merupakan pertama kali ianya dianjurkan. SMIH telah dijemput & telah menghantar satu pasukan seramai 10 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan dua, tiga & empat.

Dek kurangnya latihan, memandangkan pelajar-pelajar masih lagi dalam musim peperiksaan akhir tahunan, SMIH pada asalnya cuma berniat untuk menghantar pasukan untuk mencari pelapis untuk persediaan kejohanan MSSD tahun depan. Namun, mereka telah memulakan langkah dengan cemerlang dan alhamdulillah mara hingga ke peringkat akhir dengan memperoleh tempat ke-4! Alhamdulillah… Satu keputusan yang tidak kami dijangkakan.

Pusingan Pertama:
SMIH Vs TUTA : 6-4
SMIH Vs Desa Skudai: 13-3
(Johan Kumpulan)

Pusingan Kedua:
SMIH Vs Tasek Utara: 11-3
SMIH Vs Medini: 4-6
(Naib Johan Kumpulan)

Pusingan Akhir:
SMIH Vs Sigs: 4-11
(Tempat ke-4)

Ranking
No 1 STF
No 2 MEDINIA
No 3 SIGS
No 4 SMIH

SMIHJB satu-satunya sekolah swasta agama yang bertanding dalam acara ini.

Auni Hannah Mohd Zuhan (Tingkatan 2 Goal Attack GA) dinobatkan sebagai Pemain Terbaik SMIH (Anugerah Kejutan bagi setiap sekolah) Membawa pulangan RM100 milik peribadi.

Mohon doakan daripada semua untuk pertandingan berikutnya:

  1. Pertandingan Bola Jaring P14 anjuran PPD JB (14/11/2019-Khamis)
  2. Pertandingan Bola Jaring Ihtifa; Riadhi Madrasah Tahfiz Peringkat Negeri Kali Pertama 2019 (14/11/2019-Khamis)

SMIH telah menjuarai Pertandingan Bola Jaring Ihtifal Riadhi Peringkat Daerah Johor Bahru pada 29 September 2019 yang lalu.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda