SMIHJB: Kutipan RM10,000 khas buat saudara seIslam seluruh Dunia

Ahad | 17 November 2019: Alhamdulillah pada hari Ahad yang lepas, telah berlangsungnya hari kemuncak program Remembrance Of Ummah (Roummah) bagi tahun 2019.

Program Roummah yang bertemakan Voice Of Humanity ini dimeriahkan dengan ceramah daripada Pengurus Besar MyCARE, Puan Roha Binti Hassan.

Kuiz Roummah dan penyampaian hadiah bagi aktiviti Roummah yang telah dilaksanakan di sekolah seperti aktiviti Clever Ummah dan Two 261. Selain itu, program turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid dari kumpulan najahan Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Di samping itu, pihak sekolah juga telah berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak RM 10,000 dan telah menyerahkan mock cheque kepada pihak MyCARE. Semoga Allah memberkati usaha kita untuk membantu saudara-saudara Islam kita yang ditindas di luar sana.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda