SMIHJB: Ihtifal Riadhi Peringkat Negeri Johor 2019

SMIHJB: Pada 13 & 14 November 2019 yang lalu, telah berlangsungnya Ihtifal Riadhi Peringkat Negeri Johor 2019 yang bertempat di Tangkak. Ihtifal Riadhi dianjurkan buat pertama kalinya oleh Jabatan Agama Negeri Johor, yang mengumpulkan pelajar-pelajar daripada SMI & Madrasah-madrasah tahfiz di negeri Johor. Pada bulan September yang lepas, telah diadakan pertandingan di peringkat daerah, dan kini pemenang-pemenang peringkat daerah layak untuk bertanding di peringkat negeri pula mewakili daerah masing-masing.

Antara pertandingan yang telah dianjurkan ialah Futsal, Badminton, Memanah Tradisional dan juga Bola Jaring. Pelajar-pelajar SMIH telah layak untuk mewakili daerah Johor Bahru dalam semua acara. Alhamdulillah, pelajar-pelajar SMIH beraksi cemerlang dalam semua acara dan memperoleh pingat sekaligus meletakkan Johor Bahru sebagai Johan Keseluruhan Ihtifal Riadhi Perinhkat Negeri Johor 2019. Keputusan adalah seperti berikut:

JOHAN
🥇 Futsal
🥇 Bola Jaring

NAIB JOHAN
🥈 Badminton Perempuan

TEMPAT KETIGA
🥉 Memanah Tradisional Perempuan

Keputusan Bola Jaring Ihtifal Riadhi Peringkat Negeri 2019

Anjuran Persatuan Institusi Tahfiz Negeri Johor (PINTA)

14 November 2019
Madrasah An-Nur Kesang Laut ,Tangkak

Pusingan 1
JOHOR BAHRU vs SEGAMAT
menang tanpa bertanding

Peringkat Separuh Akhir
JOHOR BAHRU vs MUAR
9 – 2

Peringkat Akhir
JOHOR BAHRU vs TANGKAK
13 – 7

Pasukan Bola Jaring SMIH mewakili kontinjen Johor Bahru dan merangkul JUARA.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Tahniah buat semua peserta, guru-guru serta jurulatih yang terlibat!!! Moga SMIH terus cemerlang dalam semua bidang.

“Let’s dakwah through sports!”

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda