SRIHJB: Pertandingan Robotik MakeX

0
236

|| Laporan

SRIHJB: Pertandingan Robotik MakeX.

Jumaat-Ahad | 11-13 Oktober 2019

SRIH telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai Pertandingan Robotik MakeX peringkat kebangsaan.

Pasukan pertama dianggotai Ustaz Saleh sebagai mentor, serta Abdullah Qaasim (4UAK) dan Ahmad Fakhri (4UAK) sebagai ahli. Manakala pasukan kedua dianggotai oleh Ustazah Azmiza sebagai mentor, serta Ainaa Farhana (4ARA) dan Eisyah Sofea (4UAK) sebagai ahli. Dan mereka adalah ahli Kelab Robotik SRIH.

Alhamdulillah, dengan berbekalkan pengalaman pertama dalam arena robotik, SRIH telah memperolehi Silver Ranking untuk kedua-dua pasukan.

Buat pengetahuan semua, kit lengkap robot mbot telah disumbangkan oleh PIBG SRIH. PIBG SRIH juga telah menyumbangkan arena lengkap untuk pertandingan.

Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang baik dari material, tenaga dan komitmen.

Semoga dengan peluang yang telah diberikan dapat merancakkan lagi pendidikan berasaskan STEM di bumi Hidayah Insyallah.

#MakeX #robotik
#STEM
#pibgsrihjb