SRIHJB: PERKHEMAHAN MUKHAYYAM TAHUN 4

0
499

Sekolah Rendah Islam Hidayah telah mengadakan Program Perkhemahan Mukhayyam Tahun 4 (P1) selama 3 hari 2 malam, bermula pada hari Khamis – Sabtu, 26 -28 September 2019 bertempat di Sekolah Rendah Islam Hidayah.

Jumlah peserta adalah seramai 208 orang murid tahun 4, 22 orang fasi dan 32 orang guru pengiring telah mengikuti program ini.

Antara objektif utama program ini adalah untuk memperkasa amal jamaei dalam kalangan peserta, mendidik sifat disiplin yang tinggi, membina semangat juang serta mampu menguasai kemahiran dalam bidang kokurikulum.

Antara aktiviti menarik sepanjang perkhemahan ini ialah jaulah alam, tadabur alam, belajar memasak, dan malam kesenian. Selain itu diadakan juga kemahiran TKRSM seperti kawad kaki, seni pertahanan diri (BaSeD) dan tali temali.Kesemua program ini telah dibimbing oleh guru-guru terlatih dan para fasilitator.

Semoga ilmu dan pengalaman yang telah diperoleh daripada program ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

Ustazah Siti Sofiah binti Omar
Pengarah Mukhayyam P1 2019