SMIHJB: Pertandingan Debat Piala Tun Razak

|| Laporan

SMIHJB: Pertandingan Debat Piala Tun Razak

Jumaat-Ahad | 11-13 Oktober 2019

Kelab De’PiKir dari Sekolah Menengah Islam Hidayah menghantar dua pasukan debat untuk Pertandingan Debat Piala Tun Razak pada 11-13 hb Oktober 2019 anjuran Sekolah Dato Abd Razak di Seremban.

Pasukan Debat Bahasa Melayu diwakili oleh Muhammad Danish Farhan bin Mohd Nor, Muhammad Arif Izzuddin bin Suhaizan dan Munif Afifi bin Sarajul Fikri. Manakala pasukan Debat Bahasa Inggeris diwakili oleh Muhammad Mus’ab Umaiyr bin Suryani, Syamil Rahman bin Muhammad Lukman, Muhammad Umar bin Nor’azim dan seorang pemerhati iaitu Thooreq bin Zamil Najwah. Ustaz Rafiqi mengiringi pasukan Debat Bahasa Melayu manakala pasukan Debat Bahasa Inggeris diiringi oleh Ustaz Imran.

Terdapat sebanyak 22 pasukan bagi setiap kategori dari pelbagai jenis sekolah telah menyertai pertandingan ini. Pasukan Bahasa Melayu mengharungi Pusingan Awal dengan penuh cabaran manakala Pasukan Debat Bahasa Inggeris berjaya mara ke peringkat Suku Akhir.

Banyak pengalaman yang dipelajari pasukan debat ini yang boleh dibawa ke pertandingan yang seterusnya. Moga pengalaman yang dituntut membolehkan mereka lebih maju untuk pertandingan yang lain.

Pencapaian kali ini mampu mengharumkan nama Hidayah di bumi pendebatan, sedikit demi sedikit mereka mengumpul pengalaman untuk menghadapi dunia kepimpinan di masa hadapan. Semoga usaha-usaha pasukan-pasukan ini diganjari dengan redha Allah dan syurgaNya

#debat
#DePiKir
#smihkehadapan
#smihjb

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda