SMIH: Program Daurah Staf

0
157

Alhamdulillah.
Unit Tarbiah Staf SMIH telah menganjurkan Program Daurah Staf pada 18/10/ 2019 bersamaan 19 Safar (Jumaat) di Bilik Mesyuarat Ibnu Batutha, Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Program ini telah disertai oleh 52 orang staf PPH terdiri daripada guru SMIH dan kakitangan bukan akademik.

Program Daurah yang kedua diadakan pada tahun ini telah diadakan dengan objektif berikut:

  1. Membina serta meningkatkan ilmu, kefahaman dan hubungan dengan Allah.
  2. Menjalinkan dan mengeratkan ukhuwwah.
  3. Mengukuhkan hubungan antara staf dan meningkatkan semangat kerja berpasukan.

Daurah dimulakan dengan pengisian bertajuk “ Amal Jamaie “ yang disampaikan oleh Ustaz Suhaimi bin Jairi.
Perkongsian seterusnya telah disampaikan oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad iaitu kisah Imam Abu Hanifah.

Program diakhiri dengan bacaan doa rabitah pada jam 12.30 tengahari.

Semoga semua staf Pusat Pendidikan Hidayah telah dapat meningkatkan ilmu, kefahaman serta ukhuwwah yang tinggi antara mereka.

Aamiin.