SMIH: Program Mabit & Daurah Katibah

Pada 12 – 13 September 2019, pihak Pembangunan Sahsiah Murid telah mengadakan program mabit dan daurah katibah tingkatan 4.

Program mabit dimulakan dengan bacaan ma’thurat dan sesi riadah petang. Kemudian solat Maghrib dan solat Isya’ berjemaah serta tazkirah ringkas yang disampaikan oleh ahli batch.

Pengisian mabit ditukar kepada sesi perkongsian pengalaman dan nasihat daripada alumni, saudari Shaqifah binti Bahrin.

Manakala banin, sesi perkongsian disampaikan oleh ketua pelajar, saudara Ahmad Arif berkaitan tentang ISK.

Setinggi penghargaan kepada Ustaz Ahmad Taufiq, Ustaz Umayr Sayfurrahman dan Ustazah Shahidah atas kesudian menyampaikan pengisian daurah katibah.

Secara keseluruhannya, program yang dijalankan diharap dapat menjalin kekuatan ukhuwah antara pelajar dan juga membentuk kefahaman islam serta pemangkin semangat untuk menjadi seorang muslim.

Jazakumullahkheir kathiran.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda